Ahad, 27 September 2009

tiada lagi~

kehidupan kita tak selalunya indah..kadang2 hidup kita bersulamkan tawa dan air mata..
perjalanan untuk aku dalam kehidupan ini masih panjang..
masih banyak yang perlu aku lalui
dalam meniti hari2 yang bakal mendatang..

apa yang dah dilakukan dulu tak boleh lagi kita sesali..semua ketentuan Allah itu ada hikmah2 yang tersembunyi disebaliknya..bersabarlah wahai manusia..


aku tidak akan lagi bercerita tentang kisah cinta ku..biarlah hanya aku yang tau..biarlah hanya aku yang rasa..tak perlu semua orang tau..


sesorang yang kita cinta semestinya hanya dia yang kita puja..kita cinta segala2nya tentang dia..bisa menerima buruk dan baik dia..akan tetapi tidaklah boleh terlalu memuja kerana yang sepatutnya kita puja dan puji adalah Allah s.w.t...


mungkin pada orang lain, aku jahat, tapi hanya aku yang tau apa yang berlaku..hanya aku yang tau kenapa semua ini terjadi..dan yang lebih mengetahui adalah Allah s.w.t...
ku jalani ia seperti yang aku inginkan..Alhamdulillah...


aku sudah tidak terlalu memikirkan tentang siapa yang berminat pada dia, yang cuba memenangi hati dia..aku mengerti orang sebaik dia sangat disayangi ramai..sgt disukai..
aku tidak bisa menghalang semua itu..


aku bersyukur berjumpa dengan dia..Alhamdulillah ya Allah..
sekiranya ade perkara yang bakal menduga cinta ku dan dia, ku harapkan agar aku dpt menanganinya dengan baik..
semoga Allah sentiasa memberkati hati hambaNya yang ikhlas...


Amin~

Selasa, 4 Ogos 2009

mencari prego~

hari ni after kelas tadi aku dan ieda mengidam nk makan spaghetti..then kitorang pegi la bintang..beli spaghetti tu then beli mushroom n meatball..yang murah je la kitorang mampu..
akan tetapi prego yang utk carbonara tu sudah kehabisan di bintang..maka kami dengan penuh berhajat untuk menjamah spaghetti bersos kan carbonara mushroom tu meneruskan utk mencari di kedai2 yg berhampiran di PUKOM seksyen 7..pusing punya pusing tak jumpe jugak..
sume tempat takde..hampir 20 buah kedai yang kami lewati, tidak juga kami temui prego yang dimaksudkan itu..dengan perasaan yang tak pernah putus asa dan amat kebuluq ni, aku pun berkata: ieda, jom la pegi Tesco..i dah tak thn ngan Prego ni..
Geram, rasa nk marah sebab kami sgt lapar ye Tuan2 dan Puan2..tapi yang beshnye time kat trafic lite kat seksyen 8, ade mamat kat dlm kete sebelah menguap tak tutup mulut..terus kitorang gelakkan die.tian org tu..hahah..
dan sebelum lepas dari trafic lite di dpn massalam itu, ieda lantas menyuruh aku membelok ke kiri utk pegi ke Giant di dalam Massalam..
kami pun bergegas ke tempat yang dimaksudkan..dan kami memulakan pencarian kami seolah2 Along sedang memburu pemiutang2 nya..dan akhirnya aku terus menjerit dan tidak mempedulikan orang ramai..
aku bertemu juga dgn prego yang aku idamkan itu..seronok tak terkata okay! dah bayar, balik, masak dan gemuklah perut kitorang ni utk kesekian kalinya..
Alhamdulillah...betapa pentingnya Prego dlm kehidupan kami hari ini ya..
hahahaha

Rabu, 8 Julai 2009

seorang motty~

hola~

motty adalah seorang gadis yang ceria, periang, baik hati, tak banyak kerenah, gila-gila..


motty sangat la lembut hati..selalu mengalah dalam banyak hal..

banyak je benda yang dipendam..

nk diluahkan, takot orang lain tak boleh terima..

bila die marah, sedih atau ape2 je, selalu dipendam..


kalau gunung berapi, dah lama meletus..

si motty ni tak meletus2 lagi api kemarahan die..

aku sendiri tak paham kenapa dgn die..


dah berkali nasihat, dah berkali cakap, tetap mcm tu..

baik hati sentiasa..

moga ada yang sedar tetntang ketulusan hati motty..